Aug 31, 2012

20 sikap aneh perempauan

Greeting Text
nak tahu ape sikap aneh bagi orang perempuan..jom terjah...hehehehh

1. Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, maka dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila gadis yang anda cinta tidak menghiraukan anda selepas disakiti hatinya, adalah baik baik beri dia masa sebelum menegurnya dengan ucapan maaf.

3. Seorang gadis sukar mencari perkara yang tidak elok tentang seorang yang disayanginya. Sebab itulah perempuan lebih mudah patah hati apabila cintanya putus ditengah jalan.

4. Hati seorang gadis akan mudah cair seperti coklat andai lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung
tajam ke dalam matanya.

5. Satu ucapan 'Hai' sudah cukup untuk menceriakan hatinya.

6. Jangan sesekali mengagak apa yang seorang gadis rasakan, tanyalah padanya sendiri!

7. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dirasakannya mahupun apa yang dilaluinya.

8. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood seorang gadis.

9. Senjata sorang gadis ialah air mata.

10. Sekiranya gadis itu jatuh cinta dengan seorang jejaka, percayalah bahawa lelaki itu sahaja sentiasa ada 
di fikirannya walaupun ketika dia keluar bersama lelaki lain.

11. Setiap gadis sukakan pujian. Tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.

12. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut.
Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang gadis yang anda tidak akan tahu. Apabila dia membuat satu keputusan. dia akan lalukan apa saja.

13. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri selepas cintanya ditolak, biarkan dia untuk seketika.
Kemudian, sekiranya anda menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

14. Si gadis suka meluahkan rasa hati mereka. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara mudah mereka
meluahkan rasa hati mereka.

15. Perempuan sekuat mana pun egonya atau setinggi mana kedudukannya, dia tetap akan tewas dengan
cinta seorang lelaki.

16. Sekuntum senyuman memberi erti bagi seorang perempuan. Jadi jangan senyum sebarangan.

17. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka hanya kerana untuk tacklekawan
mereka yang paling cantik.

18. Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

19. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini
lebih awal.

20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada
di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Bicara Hati Aten

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Cik Rose Cute