Aug 14, 2012

SUAMI ISTERI MAUT DALAM PERJALANAN UNTUK BERBUKA PUASA

       Greeting Text

KM 17.2
Lebuhraya Maju MEX
Sri Kembangan, Selangor
10 Ogos 2012
7.40 malam
 
Nama mangsa : Mohd Eaddy Afkam Abdul Khalid , 35 tahun (suami), Yusmani Yusof, 28 tahun (isteri)
Lagi kemalangan tragis membabitkan pasangan suami isteri, dan berlaku di hari pertama Ops Selamat.
Kemalangan ini berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa terbabas menyebabkan kedua-duanya terhumban ke atas jalan.
Kes berlaku kira-kira jam 7.40 malam ,  tidak jauh dari Hentian Rehat Serdang Lebuhraya Maju, arah Putrajaya.
Motosikal ditunggang Mohd Eaddy Afkam Abdul Khalid , 35 tahun dan membonceng bersamanya ialah isterinya,  Yusmani Yusof, 28 tahun .
Mereka dalam perjalanan dari Puchong untuk ke rumah kakak di Putrajaya  untuk berbuka puasa.
Siasatan awal polis mendapati, motosikal mangsa , bernombor pendaftaran ACQ 4282, dipercayai gagal dikawal menyebabkan ia terbabas, dan mangsa mangsa tercampak.
Kedua-duanya yang mengalami kecederaan parah, maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Difahamkan, kedua-duanya merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
akak..kalau akak nak tahu tiap kali aten bukak fb mesti aten akan bukak fb akak..aten x tahu kenape sampai sekarang aten x leh nak lupekan akak..akak banyak tolong aten ngn hubby..hubby marah sangat kalau aten cakap pasal akak kt dye..aten tahu dye pn sme mcm aten x leh nak lupekan akak kan..lagi2 akak kakak angkat dye..ade pape dye mesti cite kt akak..akak nak tahu kteowg ade masalah mggu lepas..lepas tu tetibe je hubby cakap,kalau la akak ade skrg mesti akak la yg jadi pendengar setia kan..aten ade cakap kt hubby baju melayu warna biru yang tahun lepas tu soh simpan leklok sebab tu baju akak yang tolong pilihkan..semoga akak n arwah abg eaddy tenang disana..amin..

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Bicara Hati Aten

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Cik Rose Cute