-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:
1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :
Allah berfirman :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan
batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah
dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]
2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :
Allah berfirman :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]
3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka
Nabi r bersabda :
[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]
Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]
- KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :
Nabi r bersabda :
[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]
2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :
Nabi r bersabda :
[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]
Maksudnya : Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan
berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga.
7 comments:
awak ! terima kasih sebab join !
ni peserta lain > jom terjah mereka slow2 http://aisyahhumaira99.blogspot.com/2012/07/peserta-bloglist-ramadhan-bersama.html
salam..raihan jenguk sini. dari segmen yg sama.
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/07/bloglist-ramadhan-bersama-aisyah.html
info yg menarik :D slmat bersegmen..datang dr segmen yg sma..dah follow kamu..
http://opzzpinky.blogspot.com/2012/07/bloglist-ramadhan-bersama-aisyah.html
assalamualaikum. datang dari segmen yang sama :)
http://thedaughterofmohammad.blogspot.com/2012/07/bloglist-ramadhan-bersama-aisyah.html
Assalamualaikum.. datang melawat dari segman yang sama.. ^_^
http://setanggi-permata.blogspot.com/2012/07/bloglist-ramadhan-bersama-aisyah.html
Salam ukhwah.. Dari segmen yang sama.. ana follow sini.. Jom ke BTS.. ^^
moga Allah redha atas penulisan kita di alam maya ini..InsyaAllah..
Selamat berpuasa Atieyn..
dari segmen sama & follow.
jom follow gak http://aniceday3.blogspot.com/2012/07/bloglist-ramadhan-bersama-aisyah.html
Bak kata Atieyn sebelum keluar Bismillah dulu..(dalam hati)
Post a Comment