
1.Sesekali jadilah insan yang kelakar yang mudah diajak bergurau senda agar hubungan tidak hambar dan terlau serius. Hubungan tanpa gelak ketawa kadang kala mudah memberi mood bosan kepada pasangan dan diri anda sendiri.
2.Penghargaan-Tidak salah sesekali melahirkan rasa sayang dengan memberi penghargaan kepada pasangan kita walau bukan pada tarikh-tarikh keramat seperti hari lahir atau sebagainya. pada hari biasa juga kita boleh memberikan sedikit hadiah kepada pasangan kita sebagai menghargai kasih sayang yang telah mereka berikan kepada kita selama ini.
3.Ciuman-Ciuman walau pun ia nampak ringkas tetapi ia amatlah bermakna apabila kita mendapat dari insan tersayang setiap hari. Keraplah memberikan ciuman kasih sayang kepada isteri mahupun suami anda agar mereka sentiasa rasa disayangi dan dihargai oleh kita.
4.Kejutan-Sesekali lakukan kejutan buat pasangan. Pulang awal dan lakukan candle light dinner, atau berikan sejambak bunga, atau hadiahkan coklat kesukaannya atau apa saja kejutan yang memberikan 1001 kemanisan dalam hubungan kalian.
5.Pemaaf-jadilah insan yang pemaaf setiap masa . Maafkan setiap salah silap pasangan terutama kesilapan yang tidak mereka sedari agar perjalanan hubungan akan menjadi lancar dan indah tanpa benci dan dendam. Jadi pemaaf tidak salah dan tidak rugi kerana hari ini kita maafkan orang mungkin esok lusa orang dengan senang hati memaafkan kesilapan kita tanpa sebarang dendam…
jom kita sama sama amal kan tips kat atas tau..insyallah kasih sayang tu takkan hilang..yang penting doa...amin..
ok..babai
selamat malam..
0 comments:
Post a Comment