Jul 9, 2012

Giveaway "Tudung" by Cekodok Center

Greeting Text

terase macam nak join GA ni la plak..lawa kan banner dye..so ape lagi jom la join..lambat-2 nnti terlepas plak..


saya berbangga menjadi rakyat malaysia kerana di malaysia di malaysia terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati..selain itu malaysia juga mempunyai udara yang nyaman.. antara tempat yang pernah saya lawati :

 cameron highland

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung. Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang. Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

pulau redang

Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Ia adalah antara pulau-pulau yang mempunyai pantai tercantik di dunia. Pelbagai hidupan laut yang biasa dan luar biasa dapat dilihat di sini. Taman Laut (Marine Park) nya menjadi kunjungan pelancong seluruh dunia. Sayang sekali kalau orang tempatan tidak menikmati kelebihan tempat sendiri. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bot laju dari jeti pantai Merang. Pantai Merang terletak lebih kurang 40 km ke utara Kuala Terengganu menyusuri jalan pantai.
Snorkeling sangat popular di sini. Pantainya yang landai dan cetek. Pasirnya putih bersih. Airnya jerneh. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara. Mereka akan menghampiri anda hanya dengan beberapa menabur cebisan roti dan biskut  di permukaan air. Anda tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.  Kesimpulannya snorkeling ialah aktiviti yang paling selamat, mudah dan sesuai untuk semua golongan umur. Peralatan snorkeling disediakan oleh tour operator dan selalunya termasuk dalam pakej pelancongan.

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Bicara Hati Aten

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Cik Rose Cute